Wednesday, December 22, 2010

kasut hitam..

kasut hitam

terdiam seketika kerna ada sesuatu terlintas difikiranku,
memikirkan bagaimana?mcm mana?apa cara?hendakku dptkan ia
dikaki ku,TANYA pada IBUku?,oh TIDAK!
kerna sudahku tahu dia lg akan BUNTU,
akan hanya ku biarkan didalam buku..

sambil hasap rokok dihembus keluar dari mulutku,
hati kecil ku berkata,apakan daya,tp jgn berhenti mencuba..
dalam suasana riuh rendah dirumahku,
tiba2 kedengaran bunyi hon dari sebuah kereta dari luar,
ku tenong tampa beralih arah walaupon sedikit saja.

tetapi bunyi itu hilang dalam kesunyian,
aku menjadi bisu keseorgan,
"boy..mana boy..?"jeritan suara wanita yg agak
serak2 basah,dlm lingkungan 40'an,
rupa2 nya suara itu dtg dr ibuku yg pulang dr tempat mencari
sebutir nasi untuk aku dan adik2ku,
"ye...boy kat dlm ni.." jawapku kepada ibu ku..

dengn senyuman diwajahnya,penoh garisan2 halus menandakan
dia sudah tua..
aku salam tgn ibuku yg kasar penuh dengn pengalaman kehidupan,
sambil bibirku mengkucup tgn ibu ku,
terus dihulurnya satu beg plastik berwarna oren terang,
ibuku berkata "ini untuk mu.."
lalu ku mencapainya dengan senyuman,dan kelihatan 
sepasang kasut hitam,terukir senyuman dipipi tua ibuku 
kerna melihat kegembiraan ku pada waktu itu,

walaupon ia tidak seberapa tetapi aku gembira kerna aku tahu dia,
SAYANG aku,bertakung air mataku,tetapiku tahan
kerna tidak mahu ibu tahu perasaan itu,
oh ibu! terima kasih untuk kasut itu!
tidak sempat air mataku mengalir,pipi halus ibuku sudah
dibasahi..

tidak terniat dihatiku untuk menitiskan airmata itu,
lalu aku terkaku...


No comments:

Post a Comment